Pages

Monday, February 4, 2013

Holiday!!

بسم ألله ارحمن ارحيم

Alhamdulillah wa syukurillah.. lama blog ni "digantung tidak bertali" :) Winter break hanya tinggal kurang dari 6 hari, insyaAllah banyak lagi tugasan mendatang yang menanti..

sepanjang cuti ni banyak program2 yang diikuti dan antaranya adalah:

  1. 20-21/1/2013: Kitab Syamail Muhammadiyah oleh Ustaz Nazrul
  2. 26-27/1/2013: Seminar PERUBATAN; 5 Stars Muslim Profesional
  3. 28/1/2013: ke Maarad Kutub
  4. 29-30/1/2013: Syamail Muhammadiyah PERUBATAN
  5. 31/1/2013: Bengkel Komunikasi Dai'e Berkesan dan Malam Amal PERUBATAN
Semua program ni sangat menarik dan bnyk input yang diperolehi dalam memantapkan diri sebagai bakal doktor..



Seminar PERUBATAN; 5 Stars Muslim Profesional


Muhammad 'Umar Afnan lahir pada 22/1/2013


Malam Amal PERUBATAN


Seminar PERUBATAN; 5 Stars Muslim Profesional


Malam Amal PERUBATAN

Spread the news about our brotherhood- Palestine, Syiria, Burma, Afghanistan, etc.

Friday, July 22, 2011

Olive

"Demi (buah) Tin dan (buah ) Zaitun,
dan demi bukit Sinai,
dan demi kota (Mekkah) ini yang aman,
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya,
Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka),
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya,
Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu?
Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?
                                                                   (surah At-Tin:1-8) 
 
Buah zaitun (olive/Olea europaea) merupakan salah satu jenis buah yang disebut di dalam al-Quran oleh Allah s.w.t dan ini jelas membuktikan bahawa buah zaitun mempunyai banyak manfaat kepada manusia. Tiada sesuatu pun di muka bumi ini dijadikan oleh Allah s.w.t sia-sia. Di sini saya ingin berkongsi sedikit fakta mengenai minyak zaitun yang saya sendiri mengalami manfaatnya..
 
 
Minyak zaitun diperolehi daripada buah zaitun dengan menghancurkan buah zaitun melalui proses mechanical dan chemical. Minyak zaitun dibahagikan kepada 2 jenis iaitu virgin olive oil dan extra virgin olive oil. Tempat penghasilan minyak zaitun yang utama di dunia ialah yang pertama Spain, diikuti oleh italy dan Greece. Extra virgin olive oil mengandungi kandungan lemak tidak tepu (unsaturated fat) yang sangat tinggi dan memberikan banyak manfaat kepada pengamalnya. 
Antara manfaat-manfaatnya adalah:
1. Oxidant (agen oksida) :-  menghalang dari ketumbuhan malignan (malignant tumours which cause cancer) di payudara, prostat, endometrium (dinding rahim) dan trek penghadaman (digestive tract). Kandungan hydroxytyrosol yang terdapat dalam minyak zaitun bertindak sebagai oxidant bagi menghalang cancer. Vitamin E, carotenoids and oleuropein bertindak menghalang proses oksida LDL (low density lipoprotein) dimana ia bertindak mencegah cancer.

2.  High monounsaturated fat :- kandungan lemak mono tidak tepu yang tinggi dalam minyak zaitun membantu mencegah coronary heart disease (kerana minyak zaitun mengandungi kandungan oleic acid yang tinggi) monounsaturated fat replace a similar amount of saturated fat.
 
3. Bertindak sebagai antiinflamatory, antithrombic, antihypertensive and vasodilatation.
 
4. Increased arterial elasticity (by polyphenol antoixidant):-  reduced vasculav stress to prevent heart attack and stroke.
 
5.Penjagaan kulit  :- melembapkan (moisturizer), membina sel-sel kulit, melembutkan sel tisu dan mengurangkan pembinaan wax telinga (ear wax build up). minyak zaitun juga boleh digunakan sebagai shaving oil dan dapat menghalang cacer kulit.
 
6. In medical use :- 
    - non-allergy 
    - mild laxative
    - stool softener
    - ear wax softener in room temperature
    - block of intestinal contraction
    - demulcent factor (mucoprotective agent)
 
7. Merendahkan kandungan kolesterol dan kandungan LDL (low density lipoprotein) di dalam darah.
 
8. Merendahkan kandungan gula di dalam darah dan merendahkan tekanan darah (hypotensive)
 
9. Chemoprotective for peptic ulcer / gastric cancer.
 
10. Reduced oxidative damage to DNA and RNA  --> prevent cancer
 
Setelah mengetahui manfaat-manfaat yang terdapat di dalam minyak zaitun, mungkin kita boleh mula mengamalkannya bagi menjaga kesihatan yang baik. Pencegahan itu perlu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini di masa akan datang. "Prevents better than cure" , mencegah lebih baik dari mengubati..
p/s: maaf kerana menggunakan bahasa rojak kerana susah untuk menterjemahkan medcal terms.
 

Wednesday, July 20, 2011

If I Had My Child to Raise Over Again
By Diane Loomans

If I had my child to raise all over again,
I'd finger-paint more, and point the finger less.
I would do less correcting and more connecting.
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging and less tugging.
I'd build self-esteem first, and the house later.
I would be firm less often, and affirm much more.
I'd teach less about the lover power, and more about power love.


we'll care more when we lose it, so appreciate it. =)

Tuesday, July 19, 2011

Abang..

Abang dah besar!
Abang boleh berfikir mana yang patutu dilakukn dan mana yang x patut dilakukan.
Abang dah boleh bersabar, dekat rumah abang anak tunggal lelaki, jadi apa yang abang mahukan mesti dapat.. Sekarang abang dah mula mengenal realiti hidup.

Tak semua org baik seperti yang kita fikirkan, kalau tak tak ada lah timbul peribahasa "pisau dalam selimut".reliti hidup sebenarnya amat pahit, sejak Abang melanjutkan pelajaran, Allah banyak mengujinya..

Suatu hari abang jumpa duit, RM600 dekat mesin basuh. Kasut abang koyak, abang terfikir nak beli kasut baru, abang tak mau mintak duit dari ayah sbb abang tahu ayah pun masih punya keperluan lain untuk dipenuhi.. Syaitan datang menggoda abang, tapi abang takut. Abang takut satu kuasa yang lagi besar, Allah.. abang ingat abang masih ada Allah, Dia melihat setiap perbuatan hambaNya. Abang serahkan duit tu kat abang Bob, iaitu senior abang. Dia puji abang baik, tapi abang fikir abang tak layak untuk pujian itu sbb abang ada niat nk ambik duit tu.. Akhirnya duit tu berjaya dipulangkan kepada pemilik yang sebenar, seorang pelajar dari pantai timur.. Kakak pesan, kita jangan ambik harta org lain, sebab nanti Allah akan ambil balik dari kita berganda-ganda, abang ingat pesan kakak..

Dulu kakak selalu ajar abang baca quran, walaupun abang lambat baca, kakak tetap ajar. Kat sini abang solat berjemaah, abang suka dengar sorg budak dari kelantan ni bagi tazkirah. dia pandai tarik perhatian abang, tazkirahnya selalu berkisar pasal isu semasa. Hari2 abang dengar.. Abang suka.

Sunday, April 17, 2011

Alhamdulillah..

Bismillah wa Alhamdulillah..
Akhirnya tergerak juga nak update blog yg dah bersawang ni. Banyak yang telah berlaku dalam kehidupan seharian kita, susah, senang, pahit, tawar, masin, semua cukup.
Tarbiyah diajar dengan tarbiyah.. itulah kata2 yg paling terkesan dalam diri saya.. Susah untuk kita rungkaikan tarbiyah kerna apabila kita mengalaminya bari kita sedari..

"exam just around the corner", berjihadlah semua..
didoakn bittaufiq wa najah kepada sahabat2 sekalian dalam menempuhi fatrah imtihan..

Thursday, October 7, 2010

this blog is under construction.