Pages

Tuesday, July 19, 2011

Abang..

Abang dah besar!
Abang boleh berfikir mana yang patutu dilakukn dan mana yang x patut dilakukan.
Abang dah boleh bersabar, dekat rumah abang anak tunggal lelaki, jadi apa yang abang mahukan mesti dapat.. Sekarang abang dah mula mengenal realiti hidup.

Tak semua org baik seperti yang kita fikirkan, kalau tak tak ada lah timbul peribahasa "pisau dalam selimut".reliti hidup sebenarnya amat pahit, sejak Abang melanjutkan pelajaran, Allah banyak mengujinya..

Suatu hari abang jumpa duit, RM600 dekat mesin basuh. Kasut abang koyak, abang terfikir nak beli kasut baru, abang tak mau mintak duit dari ayah sbb abang tahu ayah pun masih punya keperluan lain untuk dipenuhi.. Syaitan datang menggoda abang, tapi abang takut. Abang takut satu kuasa yang lagi besar, Allah.. abang ingat abang masih ada Allah, Dia melihat setiap perbuatan hambaNya. Abang serahkan duit tu kat abang Bob, iaitu senior abang. Dia puji abang baik, tapi abang fikir abang tak layak untuk pujian itu sbb abang ada niat nk ambik duit tu.. Akhirnya duit tu berjaya dipulangkan kepada pemilik yang sebenar, seorang pelajar dari pantai timur.. Kakak pesan, kita jangan ambik harta org lain, sebab nanti Allah akan ambil balik dari kita berganda-ganda, abang ingat pesan kakak..

Dulu kakak selalu ajar abang baca quran, walaupun abang lambat baca, kakak tetap ajar. Kat sini abang solat berjemaah, abang suka dengar sorg budak dari kelantan ni bagi tazkirah. dia pandai tarik perhatian abang, tazkirahnya selalu berkisar pasal isu semasa. Hari2 abang dengar.. Abang suka.

No comments:

Post a Comment